Jurucakap bomba berkata, pihak bomba yang menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.42 pagi telah menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan untuk operasi menyelamat.

Beliau berkata, tiba di tempat kejadian, mangsa yang sempat diselamatkan oleh penduduk kampung didapati melecur 30 peratus anggota badannya.

"Mangsa berusia 24 tahun dikatakan telah membakar diri menggunakan minyak petrol motosikalnya di dalam rumah kekasihnya di Kampung Sageng.

"Namun, penduduk kampung yang melihat kejadian itu segera menyelamatkan mangsa yang terbakar menggunakan air," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, hanya lantai rumah berkenaan yang terbakar, manakala mangsa yang melecur dihantar oleh ambulans ke Hospital Simunjan untuk mendapatkan rawatan lanjut.-UTUSAN ONLINE