Dalam majlis berkenaan, Zakiah yang tidak pernah menjangka  kemenangan itu menerima hadiah sebuah motosikal jenis Honda Wave.

Tempat kedua dimenangi oleh Dr. Rahayu Tahir dari Kampung Wakaf Dua, Bukit Payung yang mendapat hadiah mesin basuh jenis panasonic.

Manakala tempat  ketiga pula dimenangi oleh See Hwee Jin dari Taman Aquarius Chendering yang memenangi sebuah peti televisyen jenis panasonic.

Sebanyak 28 hadiah disampaikan kepada pemenang dalam majlis tersebut yang melibatkan pembayar taksiran cukai pintu rumah kediaman di daerah ini.

Lain-lain hadiah yang disediakan termasuklah telefon bimbit, seterika, vakum, oven dan pembakar roti.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Yang Dipertua MDM, Mohd. Huzairil  Nizam Ibrahim.

Yang turut hadir Pegawai Daerah ini, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak. - UTUSAN ONLINE.