Namun semangat yang diciptakan daripada kejayaan itu tidak pernah pudar daripada ingatan masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda.

Hari ini di Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah (SKTF), Bentong semangat itu menjelma kembali menerusi perbarisan sempena sukan tahunan sekolah berkenaan Suktaf 2018.

Sikap kreatif warga pendidik SKTF memilih tema angkasa lepas dalam penganjuran program sukan wajar dipuji kerana ia berjaya menghidupkan suasana dan sekali gus menanam semangat cintakan sains dalam kalangan murid.

Pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, sikap kreatif itu turut menyumbang kepada kejayaan SKTF kekal sekolah kebangsaan kluster terbaik di daerah ini.

“ Kali terakhir saya datang ke sini tiga tahun lepas. Tahun ini saya dijemput merasmikan, saya cukup teruja dan SKTF kekal sekolah kluster terbaik dalam daerah ini,” katanya berucap merasmikan Suktaf 2018 hari ini.

Yang turut hadir Guru Besar SKTF, Abdul Rahman Abdul Aziz.

Dalam pada itu hujan lebat berterusan dari pagi tidak mematahkan semangat lebih 700 peserta termasuk prasekolah menyertai perbarisan sempena Suktaf 2018.

Rumah sukan Nilam atau kuning yang mempamerkan tema sains dan teknologi dinobatkan juara perbarisan. - UTUSAN ONLINE