Empat kategori dipertandingkan pada kejohanan 10 hari yang bermula 21 September lalu itu iaitu ‘Accuracy Sport’, ‘Accuracy Military’, ‘Formation Skydiving’ dan ‘Canopy Formation Skydiving’.

Sebanyak 11 pasukan melibatkan 176 penerjun mengambil bahagian iaitu daripada ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Majlis penutup kejohanan itu disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Abu Bakar Mohd. Ajis dan turut dihadiri putera sulung Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah.

Abu Bakar dalam ucapannya berkata, penganjuran kejohanan berkenaan berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

“Saya bersyukur kerana sepanjang kejohanan tiada kecederaan serius yang dilaporkan berlaku,” katanya.

Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan sepanjang kejohanan antaranya pameran statik ketenteraan, demonstrasi ketenteraan, kawad senyap dan penerjunan pertunjukan. - UTUSAN ONLINE