Leftenan Kolonel Kamisah Salimin, 43, yang berkhidmat dengan Tentera Udara Ditaja Malaysia (TUDM) dan rakannya, Mejar Nurul Ifziah Zainudin, 34, dari Tentera Darat menzahirkan nilai patriotik dalam diri mereka

di samping beriadah menerusi sukan ekstrem mendaki.

Menurut Kamisah, mereka memilih mendaki bukit batu kapur via ferrata Paya Gunung setinggi 59 meter kerana lokasi itu antara kedua mencabar selepas puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

"Pendakian menggunakan peralatan khas memerlukan disiplin dan semangat tinggi di samping menitikberatkan aspek keselamatan serta patuh arahan jurulatih mendaki.

"Selama 45 minit kami tiba di puncak pertama manakala meneruskan pendakian puncak kedua yang mengambil masa selama sejam setelah bersusah payah mengharungi laluan sukar dengan batu tajam, licin dan bercerun," katanya.

Kamisah yang berasal dari Jerantut dan berkhidmat selama 19 tahun bersama TUDM berkata, perkara yang tidak dilupakan ialah dapat mengibarkan Jalur Gemilang apabila tiba di puncak via ferrata selain menarik nafas kepuasan selepas penat mendaki.

Rakannya, Nurul Ifziah yang berasal dari Ampang, Selangor dan sudah 13 tahun berkhidmat dengan Tentera Darat berkata, ketinggian yang sukar ketika mendaki menguji kekuatan kaki, pinggang dan tangan ditambah cuaca panas memberi pengalaman sekali gus cabaran yang cukup berharga.

"Sebagai anggota tentera yang sudah ditanam semangat mempertahankan kedaulatan negara, kami tetap membawa bendera Malaysia bersama mendaki dan mengibarkan di puncak via ferrata," katanya. - UTUSAN ONLINE