Cek sumbangan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah yang mewakili Menteri Besar.

Nazri berkata, penerima sumbangan terdiri daripada pesakit kronik, mangsa bencana alam dan wakil-wakil daripada koperasi serta persatuan.

"Agihan bantuan ini membuktikan kerajaan negeri prihatin dengan nasib rakyat apabila mereka di dalam kesusahan.

"Kita sentiasa memantau keadaan penduduk di negeri ini dan wakil rakyat di setiap kawasan perlu peka dengan masalah yang melanda agar bantuan dapat disalurkan," katanya.

Menurut Nazri, peningkatan pendapatan kerajaan negeri menerusi hasil kutipan cukai dapat digunakan untuk membantu rakyat.

"Kerajaan negeri menaikkan kadar kutipan cukai melibatkan beberapa industri termasuk pembalakan serta perlombongan dan hasilnya digunakan untuk kepentingan rakyat," ujarnya. - UTUSAN ONLINE