Belanjawan surplus itu diperoleh selepas kutipan hasil tahun depan dianggarkan berjumlah RM703.80 juta berbanding belanjawan mengurus berjumlah RM679.46 juta.

"Oleh itu lebihan belanjawan 2019 adalah sebanyak RM24.34 juta," katanya ketika membentangkan bajet berkenaan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pada perbentangan belanjawan itu, Wan Rosdy turut mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah.

"Bagi tujuan pembayaran ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM3.7 juta yang akan memberi manfaat kepada 7,405 penjawat awam dan pembayaran ini akan dibuat pada Disember ini," katanya. - UTUSAN ONLINE