yang boleh menjejaskan keamanan dan perpaduan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, persefahaman yang dipupuk sejak merdeka harus dikekalkan kerana ia adalah satu-satunya formula yang mampu menjayakan agenda kerajaan dalam memakmurkan rakyat dan negara.

"Kita juga perlu mengelakkan isu-isu perkauman yang boleh menjejaskan usaha-usaha ke arah mengekalkan keamanan dan perpaduan negeri.

"Sehubungan itu, soal persefahaman dan penyatuan kaum terus dijadikan sebagai agenda penting kerajaan," katanya dalam

ucapan pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Dataran Raub di sini malam tadi.

Ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram.

Menurut Wan Rosdy, sejarah negara sejak berdekad lalu harus terus dijadikan panduan dalam membentuk dan menentukan hala tuju masa depan.

Justeru katanya, setiap rakyat perlu ada rasa tanggungjawab memelihara kemerdekaan serta melindungi negeri dan negara daripada ancaman anasir-anasir jahat yang ingin menggugat perpaduan kaum. - UTUSAN ONLINE