Bagi dua doktor perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Dr. Nur Faryan­na Farahim Suhaimi, 28, dan Dr. Siti Munirah Che Osmi, 28, bersama rakan-rakan mereka, bukit batu kapur di Kampung Paya Gunung dekat sini menjadi lokasi pilihan mereka untuk melakukan kegiatan ekstrem itu baru-baru ini.

SITI MUNIRAH
SITI MUNIRAH 

Lereng bukit Kampung Paya Gu­nung yang dikenali se­bagai via ferrata menjadi tumpuan pendaki untuk menikmati pemandangan kawasan kampung, bandar Jeran­tut, Felda, gua bersejarah Kota Gelanggi dan Gunung Senyum.

Dr. Siti Munirah berkata, aktiviti ekstrem itu cukup menyeronokkan dan patut dicuba oleh golongan wanita sebagai kegiatan mencabar kekuatan fizikal serta mental.

“Aktiviti ini tidak memerlukan pengalaman atau kemahiran yang tinggi. Lebih penting, fikiran kita perlu berfokus ditambah dengan minat sehingga mampu tiba di puncak via ferrata ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr. Nur Faryan­na Farahim berkata, pendakian bukit batu kapur di Paya Gunung sangat menarik dan mencabar.

Keadaan itu katanya, memenuhi mi­­­natnya terhadap ak­tiviti lasak.

“Saya sudah lama mencari lokasi yang menarik untuk aktiviti pendakian ini, ternyata via ferrata Paya Gunung sangat menarik serta berasa teruja melihat pemandangan

NUR FARYANNA
NUR FARYANNA 

persekitaran kampung, perumahan dan ladang sawit ketika berada di puncak,” katanya.

Adiknya yang turut menyertai pendakian itu, Nuraini Kamilia Farahim, 23, pula berkata, aktiviti mendaki melalui trek yang curam dan batu tajam merupakan pengalaman baharu baginya berbanding sebelum ini apabila hanya bergiat aktif dalam sukan di atas ge­langgang.

“Walaupun pada awalnya berasa takut dan gayat, perasaan itu dapat dikikis setelah diberi keyakinan dan tunjuk ajar daripada jurulatih mendaki Kelab Ekstrem Paya Gunung, Wan Ruhaiza Wan Daud dengan bantuan peralatan sehingga tiba di puncak,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Ruhaiza mengakui, dia kagum dengan semangat dan keyakinan yang ditunjukkan oleh kumpulan pendaki wanita muda tersebut sehingga berjaya tiba di puncak tanpa sebarang masalah.