Pengerusi Persatuan Anak Seni Indera Mahkota (ASIM), Teo Wei Sing berkata, bengkel berkenaan yang merupakan program sulung persatuan tersebut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Pertubuhan Akademi Pendidikan Indera Mahkota (Akim) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Katanya, penganjuran bengkel berkenaan juga bertujuan mendedahkan guru tentang teknik mengarang puisi moden dan menerbitkan sebuah antologi puisi bagi mendukung Indera Mahkota menjadi Kota Ilmu dan Budaya.

“Matlamat program adalah supaya objektif yang direncanakan ini dapat dicapai di samping membentuk masyarakat tempatan ke arah menyedari hak mendapatkan pendidikan dan ilmu.

“Selain itu cinta terhadap bahasa dan sastera dapatmeningkatkan profesionalis­me guru-guru bahasa Me­layu,” katanya dalam program itu yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Menteri Luar.

Menurut Wei Sing, program sehari itu melibatkan dua slot bengkel iaitu ber­kenaan penghayatan Kom­sas dan mengarang puisi moden.

“ASIM akan terus meng­an­jurkan pelbagai program yang memberi manfaat kepada komuniti setempat selepas ini,” katanya.