Seri Paduka tiba ke HTAA kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan meluangkan masa hampir 30 minit melawat dan beramah mesra dengan tiga mangsa kebakaran itu termasuk ahli keluarga mereka yang turut berada di situ.

Berkenan berangkat sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi Ahad lalu itu, Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, yang dikatakan hamil tiga bulan dan dua anak lelakinya, Muhamad Haikal Hakimi, 11, serta Muhamad Adam Daniel, 7, ditemukan rentung di bilik belakang rumah sewa mereka yang terbakar.

Kebakaran itu juga menyebabkan suaminya, Hairol Khalid, 38, Syed Azman Syed Kassim, 25, iaitu adik Sharifah Azlina; Norazilah Abdullah, 23, (isteri Syed Azman) dan Nor Syawalina, 19, (adik Norazilah) cedera maakala yang selamat ialah Muhammad Alif Asyraf, 6, (anak pasangan Syed Azman dan Norazilah). - UTUSAN ONLINE