Solat sunat yang diadakan di Padang Awam Felda Chini 4 itu diimamkan oleh Guru Tasmid Daerah Pekan, Abdul Haris Abdul Karim.

Abdul Haris ketika ditemui pemberita selepas selesai solat itu berkata, program tersebut dirancang sejak lima hari lalu oleh semua pimpinan masyarakat dan gabungan masjid-masjid di tanah rancangan Felda di Chini.

“Solat Istisqa’ merupakan sunnah Rasulullah SAW sekiranya berlaku kemarau panjang.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga kita mendapat keberkatan dari Allah SWT,” katanya ketika ditemui pemberita selepas solat Istisqa’ berkenaan . - UTUSAN ONLINE