Solat sunat bermula pukul 8.15 pagi itu diimamkan oleh Guru Takmir Daerah Pekan, Abdul Haris Abdul Karim.

Abdul Haris berkata, penduduk dari lapan tanah rancangan Felda di Chini bersepakat mengadakan solat memohon hujan berikutan musim kemarau berpanjangan menjejaskan kualiti kehidupan harian mereka.

‘‘Solat sunat istisqa' ini adalah sunat muakkad atau sunat yang dituntut apabila berlakunya kemarau panjang. Kita bersyukur kerana apa yang kita rancang dapat menarik ramai penduduk untuk datang.

‘‘Solat sunat ini adalah usaha penduduk memohon rahmat Allah SWT supaya musim kemarau panjang segera tamat dan hujan kembali membasahi bumi,’’ katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai solat itu.