Jurulatih PDSK, Syukrillah Ghazali berkata, kejohanan bola sepak tujuh sebelah Top 10 Championship 2019 itu diadakan di Padang Bola Sepak Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Katanya, kejohanan itu merupakan satu medan pendedahan terbaik kepada pasukan terlibat.

"Sasaran kami sebanyak 40 pasukan menyertai kejohanan ini dengan setiap pasukan perlu mendaftar seramai 10 pemain.

"Untuk menyertai kejohanan ini, setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM250," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syukrillah berkata, kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai iaitu RM1,500 (johan), naib johan (RM700) dan RM300 tempat ketiga.

Katanya, tarikh tutup penyertaan dan bayaran adalah pada 10 Oktober ini pada pukul 8.30 malam.

Pasukan yang berminat menyertai Top 10 Championship 2019 boleh menghubungi Pengurus PDSK, Fakharuddin Amiruddin di talian 019-9666386. - UTUSAN ONLINE