Majlis dimulakan dengan akad nikah di Masjid Darul Fikri di sini sebelum kesemua pasangan pengantin dibawa berarak ke Dewan Kompleks Rakan Muda Bera.

Majlis anjuran Puteri UMNO Bahagian Bera berkenaan diserikan dengan kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut merenjis air mawar dan meraikan pengantin baharu berkenaan.

Ketua Puteri UMNO Bera, Salmiah Abdul Rahman berkata, majlis julung kali itu bertujuan membantu golongan muda yang mahu mendirikan rumah tangga.

“Dalam program ini, pengantin hanya perlu membayar RM2,000 dan rata-rata pengantin begitu teruja dengan majlis ini.

“Kita berterima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri yang turut meraikan pengantin hari ini dan kita menyasarkan lebih ramai pasangan pengantin pada penganjuran seterusnya,” katanya. - UTUSAN ONLINE