Pelepasan peserta di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Rosli Ab. Rahman.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, program anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Pelancongan Pahang tersebut melibatkan komuniti sempena Hari Sukan Negara.

“Seramai 800 peserta menyertai larian sejauh lima kilometer manakala seramai 800 lagi menyertai acara berbasikal sejauh 30 kilometer,” katanya pada program tersebut. - UTUSAN ONLINE