Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD), Kapten Md. Fadir Md. Nor berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari apabila haiwan tersebut memasuki halaman rumah penduduk.

Katanya, orang ramai kemudian menghubungi pihaknya untuk mendapatkan bantuan.

SEEKOR tapir yang tersesat di Taman Lavender Heights di Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE

SEEKOR tapir yang tersesat di Taman Lavender Heights di Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Seramai lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 12.35 tengah hari.

“Pasukan ini berjaya mengurung haiwan berkenaan di dalam sebuah rumah penduduk sebelum kami menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

KAKITANGAN Perhilitan dan APM menangkap seekor tapir yang tersesat di Taman Lavender Heights di Sere

KAKITANGAN Perhilitan dan APM menangkap seekor tapir yang tersesat di Taman Lavender Heights di Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE

Menurutnya, pasukan Perhilitan bersama APM kemudian memerangkap tapir ke dalam sangkar dan dipindahkan ke lokasi selamat.

Beliau berkata, haiwan berkenaan tidak mendatangkan kecederaan kepada orang ramai. - UTUSAN ONLINE