Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan tersebut dibuat selepas mengambil kira kejayaan program yang diadakan sekali setahun itu dengan menawarkan barangan mentah murah seperti daging lembu.

Katanya, semua pegawai dae­rah telah diminta supaya mencari lokasi yang sesuai bagi penganjuran program itu dan kerjasama akan dijalankan de­ngan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Kita juga akan beri peluang kepada orang kampung untuk datang menjual hasil tanaman mereka seperti cili dan serai semasa program mantai itu.

“Mereka tidak perlu lagi menggunakan orang tengah dan ini membolehkan harga yang dijual lebih murah berbanding pasaran, selain menjadi sumber pendapatan kepada orang kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ke­tika berucap dalam majlis Pe­nyerahan Bantuan Khas Pe­ngerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Lafaz Ikrar Bebas Ra­suah (IBR) di sini.

Yang turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Dr. Awaludin Said; barisan Exco kerajaan negeri dan Pe­ngarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Ramli Ismail.

Dalam majlis itu, seramai 392 pengerusi JKKK melafazkan IBR dengan diketuai Pengerusi JKKK negeri, Zubir Jamal sebagai tekadmenjauhi dan membendung amalan rasuah dalam masyarakat.

Dalam pada itu, Mohamad mengingatkan semua pengerusi JKKK supaya berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan antara kerajaan dan masyarakat dan sebaliknya.