Dalam program itu, pihak media diberi penerangan berhubung perjalanan sistem pilihan raya dan tata cara membuat liputan sepanjang PRU-14.

Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi, Akademi Pilihan Raya SPR, Abdul Fatah Mohd. Pilus berkata, siri jelajah ke setiap nege­ri itu bertujuan menyampaikan maklumat mengenai pilihan raya untuk kegunaan pengamal media.

“Media diharap menjadi medium yang dapat menyalurkan maklumat secara tepat dan memaklumkan ketelusan prosedur pilihan raya SPR yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

Sesi taklimat tersebut turut disampaikan oleh Pendaftar Aka­demi Pilihan Raya SPR, Nik Ami­nudin Nik Shahar Shah.

Pada sesi berkenaan, Akademi Pilihan Raya SPR melakukan simu­lasi senario proses pengundian dan pengiraan undi yang dilakukan sepenuhnya di pusat mengundi di seluruh negara pada hari pengundian.

Taklimat turut menyentuh isu-isu berbangkit setiap kali pilihan raya khususnya untuk memperbetulkan persepsi negatif terhadap ketelusan SPR seperti dakwaan pengundi hantu, manipulasi daftar pemilih, peti undi dan dakwat pilihan raya serta kebocoran maklumat calon dipilih pengundi pada kertas undi.