Beliau menegaskan, pembelian kenderaan itu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei lalu dan pentadbirannya hanya menerima kereta berkenaan pada September lalu. 


“Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri sebelum ini telah meluluskan pembelian itu kerana ia telah mencapai tempoh untuk ditukar.


“Sekiranya para pengkritik rasa ada penyelewengan, mereka bebas melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya kepada para pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan negeri di Wisma Negeri dekat sini hari ini.


Beliau diminta mengulas kritikan netizen terhadap kerajaan negeri kerana membeli kenderaan rasmi baharu yang dianggarkan bernilai RM2 juta. 


Mereka mendakwa, kerajaan negeri cuba menyembunyikan perkara itu dengan dengan membeli kereta daripada model dan warna yang sama seperti digunakan oleh pentadbiran dahulu.


Aminuddin berkata, selain ahli Exco, turut menerima kereta itu ialah Setiausaha Kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri, penasihat undang-undang negeri, mufti dan beliau sendiri.


Tambahnya, berdasarkan prosedur biasa, bekas ahli Exco akan diberi pilihan untuk membeli kereta rasmi mereka. - UTUSAN ONLINE