Pengarahnya, Nordin Amat berkata, makanan itu diperoleh daripada 96 peniaga di bazar Stadium Tuanku Abdul Rahman serta Bandar Baru Nilai yang menyertai kempen ‘Hargai Makanan Elakkan Pembaziran.’

Beliau berkata, dianggarkan antara 120 kilogram (kg) hingga 370 kg lebihan makanan dikumpulkan setiap hari oleh kakitangan SWCorp dan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) di dua bazar berkenaan.

“Secara keseluruhannya bagi bazar di stadium tersebut, sebanyak 1,391.5 kg makanan berjaya dikumpulkan, manakala 592.7 kg pula dari bazar Bandar Baru Nilai.

“Program mengumpulkan makanan di bazar itu telah diadakan selama sembilan hari yang bermula pada 13 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Melalui kempen itu lebihan makanan yang dikumpul diserahkan kepada beberapa NGO untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan mereka yang telah dikenal pasti memerlukan bantuan.

Nordin memberitahu, seramai 1,000 individu mendapat manfaat daripada program berkenaan.

“Seramai 740 pelajar dari Universiti Teknologi Mara, Institut Pendidikan Guru Raja Melewar dan Universiti Sains Islam Malaysia serta 250 orang asnaf telah menerima makanan tersebut sepanjang kempen berlangsung,” katanya. - UTUSAN ONLINE