Kerjasama tersebut diumumkan secara rasmi sempena upacara menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak yang diadakan di MesaMall, baru-baru ini.

Hadir menyaksikan upacara tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong KaChuan.

Best Western Mesa Hotel yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2020 itu dilengkapi 206 buah bilik, dewan banquet dan bilik seminar.

Projek itu juga menampilkan ciri-ciri pembangunan terkini dan turut dilengkapi Rooftop Sky Lounge serta Sky Walk.

Sementara itu, dua menara tambahan MesaHill Premier yang juga bakal dibina mengandungi unit-unit kediaman premium yang dilengkapi jambatan penghubung dengan kompleks beli belah Mesamall.

Best Western Mesa Hotel dan MesaHill Premier yang merupakan rangkaian pembangunan bersepadu baharu MesaHill akan menjadi nilai tambah kepada kejayaan pembangunan fasa satu dan dua, melibatkan pembinaan dan pembukaan Mesa Mall serta menara kediaman MesaHIll yang laris terjual pada 2017.

Projek itu memberi peluang kepada kedua-dua syarikat untuk menyokong perkembangan pelbagai industri yang giat membangun seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, institusi pendidikan serta perdagangan tempatan.

Selain itu, rangkaian projek baharu tersebut akan membolehkan pembangunan berterusan dan pada masa sama mewujudkan pelbagai manfaat kepada para pelabur serta keperluan penduduk di daerah tersebut.

Selain itu, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Green Target Group, Datuk Tan Hong Lai berkata pihaknya ingin mengukuhkan jenama syarikat tersebut dengan meneruskan pembangunan MesaHill seperti dirancang.

“Menerusinya, kami berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan pasaran perbandaran sekitar Nilai,” katanya.

Maklumat lanjut berhubung MesaHill Hotel dan MesaHill Premier boleh diperoleh menerusi 03-5630 0670, emel [email protected] atau layariwww.greentarget.com.my. - UTUSAN ONLINE