Pengarah Eksekutif Sibermedia, Ainol Amriz Ismail berkata, para peserta akan mempelajari kaedah merancang pengurusan, perhubungan dan publisiti media serta mempelajari kehendak media.

Katanya, mereka akan didedahkan dengan teknik menyunting video, penggunaan Facebook live dan Instagram.

“Penganjur akan memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali tugas jurufoto dalam industri media massa serta mempelajari etika dan protokol di dalam majlis rasmi.

“Bengkel ini dikendalikan tenaga pengajar berpengalaman yang diiktiraf oleh Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dalam bidang kewartawanan dan fotografi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, program itu adakan di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Jalan Taman Bunga, dekat sini dan yuran penyertaan adalah sebanyak RM1,000 seorang.

Jelasnya, pendaftaran secara online boleh dibuat di http://bit.ly/bengkelpengurusannmedia.

Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-761 9102/9103. - UTUSAN ONLINE