Pengerusi Angkasa negeri, Datuk Ibrahim Abdullah berkata, koperasi yang terlibat ialah Koperasi Astana Raja Berhad, Guru Melayu Negeri Sembilan serta Homestay Lonek Jempol Berhad dengan jumlah masing-masing sebanyak RM16,661, RM9,313 dan RM5,174.

“Selain itu koperasi turut me-lakukan infak bagi membantu mereka yang memerlukan dengan jumlah kutipan sebanyak RM3,722.

“Aktiviti ini merupakan acara tahunan yang dilakukan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab koperasi kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Angkasa ne­geri di sini.

Yang turut hadir, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Ibrahim berkata, Angkasa ne-ge­ri bukan sekadar memfokuskan kepada peluang membangunkan koperasi malah mencari peluang untuk membantu golongan miskin.

Dalam perkembangan lain Ibrahim memaklumkan, Angkasa negeri akan beroperasi di pejabat baharu di Pusat Perniagaan Paroi dalam tempoh dua bulan lagi.

Katanya, pemindahan ke lokasi baharu itu bagi menyediakan persekitaran kerja yang lebih baik untuk pekerja di samping me­nyasarkan perkhidmatan lebih berkesan kepada masyarakat.