Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali berkata, jumlah itu melibatkan pelajar yang mendapat gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran diduduki.

"Seramai 14 calon daripada sembilan sekolah kerajaan berjaya meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua subjek diambil mengikut penggredan baru.

"Bagi Gred Purata Negeri (GPN) didapati ada peningkatan sebanyak 0.08 mata antara 2016 dan 2017. Bagi SPM kali ini, GPN dicatatkan 4.71 berbanding 4.79 pada tahun sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM di Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli.

Seramai 15,829 calon daripada 115 sekolah menduduki peperiksaan SPM 2017 di Negeri Sembilan yang dijalankan pada 6 November hingga 4 Disember tahun lalu. - UTUSAN ONLINE