Mereka adalah graduan yang menuntut di tiga kampus UiTM di negeri ini iaitu Kuala Pilah, Seremban 3 dan Rembau.

Buat julung-julung kalinya, seramai 34 graduan daripada kumpulan pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media turut menerima ijazah masing-masing.

Ucaptama serta pengisytiharaan pembukaan sidang pertama konvokesyen telah disempurnakan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.

Yang turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Profesor Dr. Nasrudin Mohammed.

SEBAHAGIAN daripada graduan
SEBAHAGIAN daripada graduan bersorak gembira selepas Istiadat Konvokesyen Ke-89 UiTM Cawangan Negeri Sembilan di Kampus Rembau hari ini. - UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

Pada konvokesyen itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian), Yusre Zuhaili Zainuddin dan graduan Diploma Sains Aktuari, Mohammad Aiman Mohamad Arif, masing-masing menerima Anugerah Graduan Terbaik UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Graduan Diploma Teknologi Makanan, Muhammad Hail Haris Muhammad Hakim Ramas menerima Anugerah Graduan Terbaik (Kepimpinan) dan graduan Diploma Pentadbiran Awam, Zakuan Asyraf Azman meraih Anugerah Graduan Khas. - UTUSAN ONLINE