Ketua Pengawai Pemasaran syarikat itu, Lim Kok Yee berkata, program tersebut dianjurkan sempena kemeriahan musim durian di seluruh negara ketika ini.

“Durian dikenali di seluruh dunia sebagai raja buah dan peminatnya menganggap Musang King sebagai yang terbaik.

“Begitu juga durian dari Negeri Sembilan adalah antara yang terbaik dan hari ini kita menjamu peminat durian dalam program ini,” katanya semasa program yang dianjurkan di Matrix Galleria, Ara Sendayan di sini hari ini.

Musang King
SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang menunggu giliran untuk menikmati buah durian Musang King sempena Pesta Musang King di Matrix Galleria Ara Sendayan di Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE

Menurut Kok Yee, selain durian, buah-buahan tempatan lain seperti rambutan turut disediakan semasa program itu.

Ujarnya, beberapa aktiviti seperti seni pasir, persembahan badut dan silap mata juga dianjurkan untuk menghiburkan kanak-kanak.

Katanya, Pesta Musang King akan diadakan sekali lagi di Residensi Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) di Paroi di sini dari pukul 11 pagi hingga 3 petang, 20 Julai ini. - UTUSAN ONLINE