Orang ramai mula datang sejak pukul 8 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan yang dijual pada harga lebih rendah berbanding di pasaran.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pelbagai barangan keperluan harian boleh didapati antaranya ikan, ayam, daging, beras, susu, minyak masak, tepung dan pelbagai lagi. 


Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd. Ghazali Wahid berkata, program itu merupakan salah satu usaha yang dilakukan kerajaan bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah. 


“Ini merupakan pendekatan dalam membantu golongan berpendapatan rendah bagi mendapatkan keperluan harian dengan harga yang murah di samping dapat mengurangkan kos sara hidup,” katanya di sini hari ini. 


Seorang pengunjung, Azliana Ali Ahmad, 32, berkata, program tersebut sangat bermanfaat dan memberikan faedah terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah. 


“Program sebegini amat baik dan membantu golongan seperti kami. Kalau beli di pasar harga pasti lebih mahal. Kalau boleh adakan jualan seperti ini lebih kerap iaitu seminggu sekali,” katanya. - UTUSAN ONLINE