Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Khairudin Atan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.45 pagi, namun pihaknya hanya menerima panggilan mengenainya pada kira-kira pukul 5.50 petang tadi.

"Enam anggota dan pegawai bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk pengesahan dan siasatan.

"Pihak bomba dimaklumkan pekerja berumur 19 tahun itu terkena letupan tabung gas, namun beliau sempat membasuh muka sebelum dibawa oleh rakannya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya beliau difahamkan pekerja itu tidar sedarkan diri semasa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, namun sedar semula pada kira-kira pukul 7.00 petang tadi.

Sementara itu, majikannya Teng Boon Ong, 56, ketika dihubungi berkata beliau sempat bercakap dengan pekerjanya petang tadi yang memberitahu bahawa keadaannya baik, hanya mengalami luka kecil sahaja. - BERNAMA