Pameran itu yang kali keempat diadakan bermula daripada 28 hingga 30 Jun lalu di E-Mart Riam di Miri berjaya menarik ribuan pengunjung dan membolehkan hotel itu mempromosikan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019 kepada pengunjung.

Menurut Pengurus resort berkenaan, Dennis Samford, MATTA Fair di Miri adalah platform terbaik untuk mempromosikan resort mereka dan secara tidak langsung ia juga menyokong industri pelancongan di negara ini.

“Kami adalah satu-satunya agensi perhotelan dari Semenanjung yang menyertai MATTA Fair di Sarawak bagi memperkenalkan TMM kepada peserta pameran.

“Apa yang membanggakan, pameran melibatkan kira-kira 40 pempamer dari seluruh negara itu membolehkan resort kami menerima maklum balas yang positif daripada pengunjung dari Sabah, Sarawak serta negara jiran Brunei Darussalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

LEE KIM SHIN berucap merasmikan Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (M

LEE KIM SHIN berucap merasmikan Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) yang berlangsung di Miri, Sarawak, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Menurut beliau, pihaknya mengambil peluang menjadikan program itu sebagai tempat mempromosikan pelbagai tempat bersejarah di negeri Melaka yang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan tanah air.

Pameran MATTA Fair di Miri itu dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin dan turut dihadiri Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang serta Datuk Bandar Miri, Adam Yii melibatkan penyertaan 25 buah agensi pelancongan.

Ia menyasarkan nilai jualan sebanyak RM3 juta, berbanding RM1.5 juta yang diperolehi pada pameran yang sama tahun lalu. - UTUSAN ONLINE