Sekolah berkenaan berjaya merangkul kejuaraan tersebut anjuran Yayasan Petronas itu menerusi penghasilan projek inovasi 'CO2NCER' iaitu sistem amaran kebakaran hutan oleh 20 pelajarnya yang mewakili kumpulan 'Victornity' dalam tempoh 11 minggu pertandingan.

Ketua kumpulan, Ahmad Faris Wajdan Mohd. Fadz, 16, berkata, kemenangan itu sangat bermakna malah berjaya menaikkan nama sekolah dan negeri di peringkat kebangsaan.

Katanya, antara cabaran banyak yang dihadapi kumpulannya dalam menyiapkan ciptaan 'CO2NCER' itu terutamanya dari segi masa serta pembahagian tugasan agar ia dapat disempurnakan sebaiknya.

"Sepanjang 11 minggu itu, kami juga tak cukup tidur kerana banyak perkara yang perlu difikirkan namun atas semangat kerjasama semua ahli kumpulan, tugas ini dapat diselesaikan dengan jayanya.

"Kami lega kerana usaha keras semua ahli pasukan terbalas dengan kemenangan cukup bermakna ini yang sudah tentu turut dibantu dengan bimbingan guru, ibu bapa dan rakan-rakan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pengumuman pemenang Pertandingan Sentuhan Harapan (AAY) 2019 di Ayer Keroh, di sini malam tadi.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon, Sabah menduduki tempat kedua yang menerima hadiah wang tunai RM10,000 diikuti SMK Tun Habab, Johor di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Sekolah SMK St. Francis, Melaka dan SMK Asyakirin, Sarawak pula masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima yang membawa pulang hadiah sagu hati. - ONLINE UTUSAN

habis//