Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kakitangan bawahan khususnya yang bertugas di kaunter hadapan sebenarnya adalah individu penting yang perlu diberikan penghargaan di atas kemajuan jabatan kerana mereka juga memainkan peranan berdepan dengan pelanggan atau masyarakat.

Untuk itu katanya, kerajaan negeri mencadangkan supaya insentif khas kepada kakitangan awam di setiap agensi yang mencapai sasaran 100 peratus kutipan hasil tahun ini.

“Antara insentif itu termasuk lawatan ke luar negara sebagai usaha memberi motivasi kepada mereka serta kakitangan lain agar meningkatkan prestasi kerja.

“Jika sesuatu agensi itu mencapai sasaran perkhidmatan mereka, kerajaan bercadang memberi peruntukan dalam jumlah tertentu agar ia dapat digunakan sebagai insentif termasuk lawatan ke luar negara,” katanya.


ADLY ZAHARI (kanan)  bersalaman dengan ketua jabatan dan kakitangan kerajaan yang menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Dataran Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka pagi ini.  - UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Seri Negeri, di sini pagi ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan, barisan Exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan dan kakitangan awam negeri Melaka.


ADLY ZAHARI (kanan)  bersalaman dengan pegawai dan anggota polis serta tentera yang menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Dataran Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka pagi ini.  - UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD

Menurut Adly, pihaknya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada semua kakitangan agensi berkenaan dan jika mereka berjaya mencapai sasaran, insentif wajar diberikan. - UTUSAN ONLINE