Sumbangan itu dikumpulkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka sempena Kempen Pengurangan Pembaziran Makanan atau [email protected] yang dilancarkan sejak 15 Mei lalu.

Pengarah SWCorp Melaka, Khairuladha Ab. Mutalib berkata, sepanjang 12 hari kempen tersebut dilaksanakan, pihaknya berjaya mengumpulkan sebanyak 421kg makanan dan 2,036kg minuman sebelum diagihkan kepada golongan sasar.

“Lebihan makanan dan minuman ini diagihkan oleh hampir 400 pelajar dan orang ramai di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Kompleks Darul Huda, Madrasah Rabiatul Adawiyah dan Surau Taman Peringgit.

“Dijangka sehingga berakhirnya program ini pada 29 Mei depan, sebanyak tiga tan lebihan makanan dapat diselamatkan daripada dibuang oleh peniaga ke tapak pelupusan sampah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada pelancaran kempen itu di Bazar Ramadan Taman Cempaka, Peringgit di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE