Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, proses pemutihan kini sedang dijalankan oleh jabatan tersebut untuk tempoh tiga bulan bermula awal bulan ini.

Menurutnya, terdapat 1,266 nelayan yang berdaftar setakat ini di negeri ini yang layak untuk menerima subsidi serta segala bantuan daripada kerajaan Persekutuan mahupun negeri.

"Seperti yang kita sudah beritahu, suatu masa dahulu ada berlaku sedikit ketirisan, tetapi kali ini kita tidak mahu lagi perkara sama berulang dan saya telah memberi amaran kepada mereka (nelayan).

"Jika kita dapat tahu ada berlaku ketirisan kali ini, saya tidak akan berkompromi, malah akan keluarkan mereka (tarik lesen nelayan) yang secara langsung bermakna tiada lagi subdisi dan bantuan untuk mereka, dan pada masa sama kita beri peluang kepada nelayan yang baru nak mendaftar ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Touch Point Nelayan Negeri Melaka di Pejabat Jabatan Perikanan Negeri di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE