Pengarah Eksekutifnya, Saleh Mohd. Dom berkata, terdapat dua buah lif di setiap blok dan satu daripadanya terletak di bawah seliaan LPM manakala satu lagi lif di bawah seliaan kontraktor utama yang dilantik oleh KPKT.

Menurutnya, kesemua lif yang tidak berfungsi lebih daripada setahun itu masih di ba­­wah tanggungjawab kon­­traktor utama dan LPM ti­dak mempunyai kuasa untuk memberi arahan kepada pi­hak berkenaan.

“Bagaimanapun, kita telah ber­hu­bung dan menghan­tar laporan menge­nai kerosakan lif tersebut kepada pi­hak KPKT agar ke­menterian itu boleh me­ngambil tindakan lanjut termasuk mengarahkan kon­traktor terbabit untuk me­nyegerakan proses baik pu­lih.

“Namun kita tidak pasti dan tidak boleh memberi jaminan bila lif itu boleh dibaiki oleh pihak kontraktor utama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.