Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, langkah itu termasuk usaha meningkatkan kerjasama dengan syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) dalam bidang pengurusan pelabuhan atau maritim serta sektor berkaitan tenaga.

Menurutnya, sebagai agensi pelaburan kerajaan negeri yang terlibat dengan aktiviti pembinaan, hartanah dan pelancongan, beliau berharap KMB di bawah kepe­mim­pinan pengurusan tertinggi yang baharu akan terus maju.

“Dua perkara yang kini menjadi fokus adalah pengurusan pelabuhan seperti di Pelabuhan Tanjung Beruas yang mana 30 peratus sahamnya dipegang KMB.

“Dalam sektor berkaitan tenaga pula, KMB yang mempunyai syarikat tenaga solar perlu mengambil langkah strategik se­perti meningkatkan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memperluaskan skop perniagaan dan aktiviti sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri anjuran KMB di Dewan Seri Ne­geri, Ayer Keroh di sini. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Mohd. Rafiq Naizamohideen.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiga projek tebatan banjir bernilai RM130 juta di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin akan dilaksa-nakan dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini.

Tambahnya, pihaknya telah mengarahkan sebut harga bagi ketiga-tiga projek yang dijangka bermula awal tahun hadapan.