Ketua Menteri yang juga Presiden MUSA, Adly Zahari berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta selain bantuan kewangan yang diperolehi daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Menurutnya, sumbangan dan sokongan daripada pihak swasta sangat membantu persatuan dalam melaksanakan kebajikan kepada pemain seterusnya membantu memajukan industi bola sepak negeri.

“Persatuan bola sepak negeri berharap dengan sumbangan ini ia dapat memenuhi aspirasi rakyat yang mahu mutu sukan tersebut ditingkatkan.

“Dengan kewangan yang mencukupi, kita berupaya membayar gaji pemain, menjaga kebajikan pemain yang ditimpa kemalangan dan sebagainya. Ini seterusnya membolehkan pemain dapat memberikn prestasi lebih baik dan bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui pemberita, pada majlis penyerahan sumbangan kepada MUSA, di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah KLIP, Datuk Muhammad Saifullah Noor kepada Adly sambil disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee. - UTUSAN ONLINE