Program yang dikelola oleh pelajar Diploma Pengurusan Acara, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti politeknik itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap alam pekerjaan dalam usaha membantu mereka meletakkan cita-cita pada masa hadapan.

Pengarah Politeknik Merlimau, Rashidah Mustapa berkata, program itu memberi peluang kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti termasuk Terowong Kerjaya bagi mengetahui antara cita-cita serta impian kerjaya mereka apabila dewasa kelak.

“Diharapkan program seperti ini dapat memberi pendedahan awal kepada kumpulan sasar tersebut selain meningkatkan semangat mereka untuk menuntut ilmu agar berjaya mencapai cita-cita yang diinginkan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian festival tersebut, di Politeknik Merlimau, di sini.

Majlis perasmian festival di-sempurnakan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Rashid Mohd. Sidek.

Jelas Rashidah, beberapa aktiviti menarik lain turut disusun bagi memeriahkan festival tersebut antaranya pertandingan sajak, pertandingan bercerita, Kidz Fashion Show, sukaneka serta aktiviti bebas seperti Soopa Doopa, Mini Fun Fair, Mini Zoo, memanah dan sebagainya.

Sementara itu Ahmad memberitahu, objektif utama festival ini bukanlah semata-mata memberi pendedahan dengan jelas mengenai proses penganjuran acara yang baik tetapi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan keupayaan dalam kerja berpasukan selain kemahiran berkomunikasi dengan pihak luar.

“Dua elemen penting ini ia­itu kerjasama berpasukan dan kemahiran dalam komunikasi merupakan strategi terbaik yang boleh diterjemahkan dalam me-laksanakan festival yang telah diamanahkan ini.

“Melakukan kerja secara solo tidak lagi relevan pada zaman ini, sebaliknya lebih kepada berpasukan agar segala objektif yang dirancang dapat dicapai,” ujarnya.