NORHIZAM HASSAN BAKTEE
NORHIZAM HASSAN BAKTEE 

Program itu dianjurkan oleh FAO dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri menawarkan pelbagai jenis durian dan buah-buahan tempatan untuk dinikmati pengunjung.

Menurut kenyataan dikeluarkan FAO, ‘The Melaka Durian Street Fest’ menyediakan satu segmen khas iaitu bufet durian selama sejam setiap hari dengan bayaran RM49.90 untuk dewasa pemegang MyKad; tanpa MyKad RM69.90 dan RM25 untuk kanak-kanak antara 4 hingga 12 tahun.

“Setiap sejam, pengunjung yang membeli tiket boleh menikmati durian termasuk jenis durian Melaka iaitu ‘Lima Jari’ dan lain-lain seperti Musang King, D24, IOI, durian kampung dan banyak lagi,” kata kenyataan itu.

Majlis perasmian festival itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee di pekarangan tempat letak kereta FAO petang ini.

Yang turut hadir, Pengarah FAMA Melaka, Che Samudin Hasan; Pengarah FAO, Kenzo Lau Joo Feng dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Zamzuri Arifin.

Menurut kenyataan FAO itu, sesi bufet durian dibahagikan kepada enam segmen selama sejam iaitu bermula pukul 11.30 pagi, 1 petang, 2.30 petang, 4 petang, 5.30 petang dan 6.30 petang.

Selain bufet durian, pengunjung juga boleh membeli buah-buahan tempatan lain antaranya rambutan, manggis, dokong, mata kucing, cempedak, nanas, langsat dan pokok-pokok buah di gerai-gerai yang terdapat sepanjang festival ini.

Orang ramai yang berminat mendapatkan tiket masuk ke bufet durian boleh datang terus ke tempat letak kereta FAO atau menghubungi talian 016-7703604 (Suhaini) atau 019-6002094 (Li-Ann). - UTUSAN ONLINE