Antaranya kemudahan diba­ngunkan di kawasan tersebut seperti pejabat pos, klinik, bank dan pondok polis untuk ke­selamatan penduduk.

Selain itu, Kuala Linggi juga dikenali sebagai antara kawasan pelancongan dalam negeri ini apabila terdapat banyak calet serta inap desa dibangunkan oleh penduduk yang bijak menggunakan peluang terhidang di depan mata.

Bukti bagi mengukuhkan kenyataan tersebut adalah Desa Balqis yang merupakan sebuah calet di DUN Kuala Linggi berjaya tersenarai sebagai lima calet terbaik di Melaka.

Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman yang diberi mandat sebagai wakil rakyat di sini selama dua penggal terlibat dalam mengembangkan lagi pembinaan calet dan inap desa apabila menyampaikan permohonan pengusaha kepada kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.

Pengusaha pula berjaya meraih pendapatan lumayan hasil daripada lambakan pelancong ke kawasan Kuala Linggi yang mula menjadi pusat pelanco­ngan sejak lapan tahun lalu.

Bermula tahun lalu, pe­laburan melibatkan lebih daripada RM4 bilion ditempatkan di kawasan Kuala Linggi apabila syarikat Edra Energy Sdn. Bhd. yang terlibat dalam pembinaan stesen jana kuasa ‘Po­wer Melaka’ di Teluk Gong telah membina jeti bagi pengoperasian syarikat itu.

Dua pusat pelancongan ter-kenal juga berjaya dibangunkan setelah wujudnya Medan Ikan Bakar Terapung di Kuala Linggi dan Kuala Sungai Baru yang tidak lekang dengan para pe­ngunjung.

Pada masa sama, penduduk setempat boleh menikmati kemudahan empat dewan serba guna yang dibina.

Pembinaan dewan itu bukan sahaja untuk majlis keraian se-perti perkahwinan , tetapi pada masa sama boleh digunakan untuk aktiviti sukan seperti badminton dan sepak takraw.

Dalam erti kata lain, mela-luinya dapat meningkatkan lagi aktiviti kemasyarakatan.

Tujuh gelanggang futsal yang dibina di kawasan ini juga bagi menaikkan semangat anak muda untuk beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Tidak terkecuali, pembinaan klinik bagi memastikan penduduk setempat mendapat rawatan dan perkhidmatan kesihatan terbaik.

Dua buah sekolah rendah yang dibina iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Jernih dan SK Sungai Tuang juga bagi menangani masalah kepadatan murid di kawasan Kuala Linggi.

Kesemua ini menjadi realiti di bawah pentadbiran kerajaan BN yang secara tradisinya di­pilih oleh para pengundi untuk mentadbir serta mengurus DUN Kuala Linggi.

Para pengundi di DUN Kuala Linggi janganlah pula secara tiba-tiba ingin ‘berubah angin’ .

Ini kerana ada pepatah me­nyatakan, sekiranya sesuatu keadaan itu sememangnya baik, baiklah dikekalkan kerana perubahan belum tentu menjanjikan penambahbaikan.

Sejumlah 11,018 pengundi setakat suku ketiga tahun 2017 perlu memikirkan masa depan kawasan mereka ini dengan bijak.

Walau siapa pun calon yang akan dinamakan nanti, yang pasti BN akan terus menjalankan tanggungjawab untuk membawa Kuala Linggi kepada kemajuan dan kemakmuran.