Program kemasyarakatan itu merupakan kali ke-14 dianjurkan untuk menceriakan kanak-kanak dan pelajar kurang berkemampuan berusia antara tujuh hingga 17 tahun yang bersekolah di empat sekolah tersebut.

Mereka adalah murid dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Lereh; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Gelam, SMK Klebang Besar dan SMK Bukit Rambai.

Pengurus Besar Avillion Legacy Melaka, Low Kee Nam berkata, majlis berbuka puasa ini merupakan antara salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang disediakan dalam kalendar tahunan pihaknya.

LOW KEE NAM (kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang pelajar pada majlis berbuka puasa anjur

LOW KEE NAM (kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang pelajar pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Avillion Legacy di Jalan Hang Tuah, Melaka malam ini.  - UTUSAN ONLINE

“Pada majlis ini, sementara menunggu majlis berbuka puasa, pelbagai acara disediakan antaranya persembahan anak-anak yaim, acara sukaneka dalaman, kuiz serta penyampaian sumbangan dan duit raya kepada semua anak yatim.

“Sepanjang Ramadan ini juga pihak hotel menyediakan bufet Ramadan bermula ‪pukul 6.30‬ petang hingga 9.30 malam dengan bayaran RM65 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak,” katanya ketika ditemui pada majlis itu malam ini. - UTUSAN ONLINE