Ketibaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada kira-kira pukul 6.50 petang disambut Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, isteri Dalilah Awaludin, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan kira-kira 2,000 rakyat negeri ini.

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah kemudian menunaikan solat Maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan. - BERNAMA