Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong berkata, tanpa mengira agama apa sekalipun, elemen itu mampu memainkan peranan penting ke arah pembentukan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Menurutnya, semua agama di negara ini amat menitikberatkan toleransi, persaudaraan dan nilai moral yang tinggi dalam kehidupan harian.

"Justeru, ia perlu dikuasai sebaiknya oleh setiap lapisan masyarakat bagi menjamin keharmonian dan kestabilan negara," katanya ketika berucap merasmikan Program Doa Sayangi Malaysiaku Penganut-penganut Buddha sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri 2019 di Tokong Seck Kia Eenh, Jalan Gajah Berang, di sini malam tadi.

Hadir sama Pengarah Jabatan Perpaduan, Habibah Jaafar dan Presiden Seck Kia Eenh, Tan Kim See.

Jelas Chee Leong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, perpaduan yang dipupuk melalui nilai agama itu seterusnya berupaya menyemai semangat kemerdekaan dalam diri setiap masyarakat negara ini.

"Semangat ini perlu ada dalam setiap diri masyarakat terutamanya generasi selepas merdeka kerana mereka merupakan tunjang ke arah membentuk negara yang muhibah dan memupuk kemesraan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun agama,"'ujarnya. - ONLINE UTUSAN

habis//