Program tersebut yang merupakan acara tahunan TNB Melaka bertujuan menjalinkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat selain mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadan.

Pada majlis itu, Ketua Menteri, Adly Zahari turut menyampaikan sumbangan sebuah van jenazah kepada Lembaga Masjid Ar Rahmah untuk kegunaan ahli kariah.

Adly dalam ucapannya meminta semua ahli jawatankuasa masjid di negeri ini supaya terus memainkan peranan menyatukan umat Islam menerusi pelbagai program yang diatur sempena bulan mulia ini.

“Peranan yang dimainkan jawatankuasa masjid tidak boleh dikesampingkan kerana dengan pengurusan pentadbiran masjid yang cemerlang akan memberi kesan positif kepada masyarakat setempat,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman; Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) Bahagian Retail TNB Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad dan Pengerusi Masjid Ar Rahmah, Hamzah Salam. - UTUSAN ONLINE