Majlis pelancaran program HSN peringkat negeri diadakan di Kompleks Penjara Sungai Udang dan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.


Program tersebut disertai kira-kira 30,000 peserta dan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Naim Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohd. Fauzi Ariffin.


Di daerah Jasin, acara itu berlangsung di Dataran Jasin dan disertai kira-kira 10,000 peserta manakala Taman Rekreasi Durian Daun di Masjid Tanah menjadi lokasi HSN peringkat daerah Alor Gajah dengan penyertaan 10,000 peserta.


Melaka menjadi satu-satunya negeri menyambut HSN 2017 hari ini bagi menghormati majlis penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sesi pertama sempena Hari Jadi ke-79 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang berlangsung semalam.


Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena sambutan HSN antaranya Fun Ride, Fun Run, Sukan Rakyat, Muay Thai dan sebagainya. - UTUSAN ONLINE