Ketua Pegawai Penguatkuasaannya, Datuk Rahimin Bani berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 21 individu ditahan di Melaka Tengah diikuti tujuh di Alor Gajah dan 17 orang di Jasin.

Katanya, saman itu melibatkan pemeriksaan di 300 buah lokasi sepanjang awal Ramadan.

“Sepanjang Op Ramadan ini, JAIM telah memberikan saman hadir kepada 45 individu yang mencemarkan keberkatan Ramadan dengan makan dan minum di tempat terbuka.

“Golongan ini diminta hadir ke pejabat JAIM untuk memberikan keterangan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis Khatam al-Quran Perdana Sekolah Rendah Agama JAIM di Masjid Cina, di sini sebentar tadi.

Tegas beliau, JAIM akan terus melaksanakan penguatkuasaan sepanjang Ramadan dan meminta umat Islam supaya menghormati bulan mulia ini.

“Orang Islam juga dinasihatkan agat menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan mungkar,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE