“Bagi jumlah perbelanjaan pula yang terdiri daripada perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, harta modal, pemberian dan kenaan bayaran tetap, perbelanjaan lain serta pembangunan, MBJB telah membelanjakan sejumlah RM323.77 juta,” katanya berucap pada Mesyuarat Penuh MBJB di Dewan Inai Merah di sini sebentar tadi.


Tambahnya, bagi perincian perbelanjaan pembangunan, sebanyak RM112.61 juta teklah dibelanjakan sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding jumlah perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2017.


Sementara itu, Amran berkata, MBJB menyasarkan kutipan hasil pada tahun ini adalah sebanyak RM429.52 juta manakala jumlah perbelanjaan dianggarkan RM428.79 juta.


“Kutipan hasil terdiri daripada cukai sebanyak RM272.45 juta, hasil bukan cukai (RM121.92 juta dan terimaan bukan hasil (RM35.14 juta).


“Jumlah perbelanjaan terdiri daripada perbelanjaan pembangunan sebanyak RM172.1 juta, perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan (RM170.95 juta), pembayaran emolumen (RM70.48 juta) dan pemberiaan serta bayaran tetap (RM8.16 juta),” katanya. - UTUSAN ONLINE.