Mohamad Nazri berkata, setiap etnik di Sabah memiliki motif tradisi yang sangat unik yang tersendiri dan ia dapat dilihat melalui corak baju tradisional yang digayakan apabila tibanya musim pesta kaamatan dan juga majlis keramaian.

Menyedari tarikan itu katanya, timbul cetusan idea untuk syarikatnya iaitu Trusted Sharks memperkenalkan corak etnik Sabah untuk dikomersialkan melalui jualan baju yang bercorak melibatkan 35 etnik dan 214 sub etnik di negeri berkenaan.

“Baju yang dijual diperbuat daripada kain atau material yang berbeza dari yang asal di mana keselesaan dan kesesuaian yang sangat dititikberatkan dalam penghasilannya. Saya utamakan pilihan pelanggan dan mereka boleh memilih corak etnik yang mereka inginkan.

PENGARAH Trusted Sharks, Mohamad Nazri K. Hamid menunjukkan antara koleksi baju corak etnik Sabah ya

PENGARAH Trusted Sharks, Mohamad Nazri K. Hamid menunjukkan antara koleksi baju corak etnik Sabah yang dikomersialkan syarikatnya. - UTUSAN ONLINE

“Sehingga kini, saya ada menyediakan 15 baju corak etnik yang berbeza-beza, sekali gus dapat memberi pilihan kepada pelanggan. Sehingga Mac lalu juga, sebanyak 10,000 helai baju corak etnik telah terjual,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Pada tahun ini katanya, beliau menyasarkan dapat menjual kira-kira 30,000 helai baju corak etnik Sabah, selain itu syarikatnya juga ada menjual barangan lain seperti pakaian sukan, peralatan sukan dan juga menerima tempahan jersi pasukan.

“Permintaan baju corak etnik boleh dikatakan menjadi trend terkini, dimana permintaan dijangka mendapat sambutan menjelang sambutan musim Keamatan. Namun tidak kurang juga ada yang membuat tempahan untuk dijadikan jersi pasukan.

“Alhamdulillah, maklum balas pelanggan yang telah membeli baju ini amat baik kerana boleh digayakan kemana-mana sahaja. Bagi saya, kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan,” katanya.

Selain itu katanya, Trusted Sharks adalah jenama tempatan yang semakin mendapat tempat di Malaysia terutamanya dalam pelbagai sukan dan mempunyai kepakaran dalam mereka bentuk baju atau jersi mengikut kehendak pelanggan.

Mohamad Nazri yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, sehingga kini syarikatnya mempunyai sebanyak 60 ejen rasmi yang dapat menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal dan menyimpan stok.

“Mereka boleh jana pendapatan yang lumayan dan menikmati bonus bulanan dan tahunan sekiranya mencapai sasaran jualan. Usaha ini juga dapat membantu golongan belia menambah pendapatan masing-masing berdasarkan usaha dan kreativiti mereka,” katanya.

Dalam pada itu katanya, syarikatnya ketika mempunyai dua cawangan iaitu di Kota Kinabalu, Sabah serta Muazam Shah di Pahang dan pelanggan yang ingin maklumat lanjut boleh le laman facebook ‘Trusted Sharks Hq’ atau hubungi 017-6655785 - UTUSAN ONLINE