Terbaharu, dalam serbuan di kawasan perindustrian Telok Gong di sini, sebuah kilang didapati telah melakukan aktiviti haram tersebut sejak dua tahun lalu tanpa rasa gentar seolah-olah mereka kebal daripada tindakan undang-undang.

Lebih memburukkan keadaan, premis itu juga dikesan membuang sisa kotoran ke dalam Sungai Tengkorak yang berjarak 50 meter dari premis pada waktu malam.

 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Hee Loy Sian yang turut serta dalam serbuan pagi ini berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu.

“Dalam operasi hari ini, kita membawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan mana-mana premis yang didapati bersalah, tindakan menyita mesin memproses plastik akan dibuat dan seterusnya membawa mereka ke mahkamah.

“Bagi tindakan selanjutnya JAS juga akan memaklumkan kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berikutan terdapat sisa plastik ini dibuang ke dalam sungai,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE