Kemenangan itu membolehkan VICCB membawa piala pusingan, piala juara, sijil dan wang tunai RM4,000.

Lebih membanggakan pasukan itu turut membolot tiga anugerah  iaitu Best Hornline, Best Percussion dan Best Field Commander.

Manakala  pasukan Golden Hornbill Drumline, dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak turut mengekalkan gelaran tahun 2018 iaitu sebagai  Naib Juara.

Untuk rekod, dalam pertandingan KLIYMBC 2017, VICCB dinobatkan juara menewaskan pesaing terdekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu Marching Band, di tempat kedua, manakala tempat ketiga Band of Spirit Shah Alam.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu turut mempertandingkan kategori Colorguard, Solo Guard, Duet Guard, Drummer dan Field Parade.

KLIYMBC mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kelab Belia Perkasa dan Prihatin serta Kelab Pemuda Suara Generasi Kuala Lumpur.-UTUSAN ONLINE